Monday, August 5, 2013

TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN IBU DAN MENINGKATKAN PRODUCTION SUSU IBU


Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Lagi beberapa hari sahaja lagi raya akan tiba. dI entri yang lepas saya ade bercerita tentang 10 Great Reason kenapa untuk Breastfeed anak kita. Saya juga dh jnji nak kongsi tips macamane nak menjayakan penyususan ibu kan. Sooo.. jom baca di entri ini. 

00000000

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Bayi yang di dalam pantang terutamanya suka tido. Jadi kene kejut2 die.heh..Waktu Alisha dulu susahhhnye nak kejut minum susu. Bila dah makin besar..haaa..umminye yg terlayan :)
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan (demand and supply). Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. Jadi penghasilan susu adalah tinggi pada waktu ini. Kene rajin bangun ye mommies semua. Demi anak yang tercinta xpe kan :)

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Think postive!
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.Ia dipanggil hindmilk (pekat). Susu awl yg keluar adalah foremilk (cair)
3. Minum banyak Air
  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

 4. Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin

  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping
  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Memerlukan latihan. kalau Alisah die tarik2 botol susu tu dgn wayar pump tu.haha

7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam 
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen


  • Digalakkan.KENAPA? Ibu yang menyusukan anaknya pasti akan mera letih kerana ia mnggunakan banyak kalori/tenaga. ingat x di entri yag lepas bhawa BF boleh mmbuatkn ibu slim.heh.. JAdi ambillah supplement tambahan supaya anda lebih bertenaga. Bila badan sihat dan cergas maka penghasilan susu akan lebih lancar. .Saya mengamalkan supplent tambahan dari SHAKLEE untuk kekal bertenaga. Ia dikenali sebagai set 3M. Sya dah cuba..hasilnya memg xmngecewakan. susu saya lebih pekat dan saya memg bertenaga. Alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t. 
  • Terdapat banyak set di dalam set penyusuan ni. Anda berhak memilih mengikut bajet anada. 
  • Okay, Berikut adalah HARGA SET MENYUSU SHAKLEE.

    PAKEJ A:
    Alfalfa

    Below RM53.00

    PAKEJ B:
    ESP + Alfalfa

    Below RM200.00

    PAKEJ C:
    Alfalfa + Vitalea + Vitamin C + B complex

    Below RM280.00

    PAKEJ D:
    Alfalfa + vitalea + vitamin C + B complex + ostematrix

    Below RM340.00

    PAKEJ E (SET 3M):- HIGHLY RECOMMENDED
    ESP + Alfalfa + vitalea + vitamin C + B complex + ostematrix 

    Below RM480.00

    ***Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran.
  •  Dapatkan dari saya Azie pengedar shaklee anda. PM/Whatsapp :0193024055. konsultasi percuma akan diberikan. Sharing is caring. Happy breastfeed mommies!:)

No comments:

Post a Comment