Thursday, August 29, 2013

VARIASI RESEPI ESP SHAKLEE YUMMY YUMMY ^_^

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua.Baru lepas masak..so kita continue tulis tulis blog ni. Memandangkan ramai yang suka beli ESP makanya saya di sini ingin berkongsi variasi resepi2 yang boleh dibuat bersama ESP. Ini berdarkan penglaman sendiri dan juga orang lain. Sharing is caring. caring is loving :)

000000 

  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + Susu Anmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air masak (blend)
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk (blend)
  17. ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!


Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
    • Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm


SELAMAT MENCUBA :))


NOTES:
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan) 
  • PM AZIE 0193024055
  • ID 927644

Tuesday, August 27, 2013

KEPENTINGAN COLLAGEN

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua.Baru lepas masak..so kita continue tulis tulis blog ni. Jom kite kaji apa kepentingan collagen di dalam badan kita.

000000000

APA ITU COLLAGEN?
COLLAGEN merupakan protein yang di temui di dalam badan haiwan dan juga manusia. Protein ini mempunyai banyak kegunaan dan fungd\sinya di dalam badan kita. Ia merupakan protein yang terbanyak dijumpai dalam badan manusia. Terdapat banyak jenis collagen di dalam badan dan kebanyakannya adalah terdiri daripada Jenis I, II, III dan IV. 90%  empat jenis protein ini terdapat pada tisu dan struktur pada kulit, tulang, tendon dan ligamen.

000000000

KEPENTINGAN COLLAGEN
1. TULANG : Seperti yang kita tau tulang ni memberi bentuk dan sokongan pada tubuh badan manusia. Dimana tulang dibentuk daripada tiga struktur iaitu minerals, organik protein dan ground subtance yang lain. organic protein nllah collagen. Ianya membentuk 30% daripada tulang. So nampak tak kepentingan collagen ni pada tulang. Kesan kekurangan collagen pada tulang boleh mnyebabkan penyakit osteogenesis dimana tulang akan menjadi lemah dan senagn rapuh. Hmm..ingat ye 30% daripada struktur tulang tau.

2. KULIT :  Kulit pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan tisu subcutaneous. Dermis adalah bahagian paling tebal pada kulit. Dermis papillary terdiri daripada kolagen gentian halus jenis III yang menjadikan kulit lembut. Manakala dermis reticulate dibuat daripada jenis I collagen yang memberikan kekuatan untuk ketegangan kulit. Jadi secara keseluruhannya collagen memberikan kestabilan dan ketahanan. Jadi jika kekurangan collagen ia bleh sebabkan muka kita berkedut dan dermis semakin menipis. Jadi kalau nampak kulit kita dah ada kedut2 tu maksdnya kulit kite dah kurang collagen lah tu. Jadi cepat2 tambah. hiii.

3.  OTOT : Kita memerlukan otot bagi tindakbals tanpa sedar seperti bernafas dan aktiviti seperti pergerakan dan excercise. Otot dibentuk daripada gabungan muscle fibre. Setiap muscle fibre dilapisi dengan 3 lapisan collagen. Lapisan yang paling dalam adalh endomysium diikuti dengna lapisan yang paling tebal perimysium dan lapisan collagen yang terakhir ialah epimysin di dalam otot kita ni akan membantu dalam proses pengecutan dan penegangan. Maksudnya untuk kite lakukan pergerakan. Kalau collagen kurang susah lah otot2 kita nak bekerja kecut tegang kecut tegang kan. hehe.. sebb tu collagen penting.

4. TENDON, LIGAMEN & RAWAN :  Tendon menghubungkan otot kepada tulang manakala ligamen pula merupakan pautan tulang tulang lain dalam badan. Rawan ditemui pada sendi dan dalam struktur seperti telinga. Tendon dan ligamen diperbuat daripada kolagen dan begitu juga dengan rawan. Jenis collagen tersebut adalah collage II, di mana iamembantu mengurangkan geseran antara sendi dan mengekalkan bentuk struktur seperti hidung dan telinga. Kolagen memberikan tendon dan ligamen keupayaan untuk menghantar isyarat dari otot dan membantu dalam pertukaran isyarat ini kepada pergerakan dan aktiviti-aktiviti lain seperti senaman.

5. PENYEMBUHAN LUKA : Dermis kulit mengandungi kolagen. Apabila kulit rosak atau cedera, kolagen merupakan salah satu faktor yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengembalikan fungsinya kembali. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan luka tidak sembuh sepenuhnya :)

000000000

Semakin umur kite meningkat kandungan collagen semakin berkurang. Kajian menunjukkan collagen dalam badan akan berkurang bermula umur kita 25 tahun. Sebab tulah wktu kite kecik2 baby2 comel loteh lagi.hii..sekarang pun comel lagi tapi dengan penambahn collagen yang diambil daripada sumber pemakanan kita..mksdnye makan yg sihat in Shaa Allah kita akn lbih sihat. Sekarang teknologi dah canggih..cara paling pantas untuk dapatkan pure collagen adalah daripda SHAKLEE. Collagen diambil dari ikan merah dan ditambah baik lagi dengan 7 bahan aktif yg lain. Sila tengok picture di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.






 Ianya telah diuji dengan clinically test dimana hasil kajian nye adalah seperti di bawah :


 Kenapa ia berkesan kerana kandungan jisim nye yang rendah. Jadi ia memudahkan penyerapan yg lebih baik untuk bertindak balas.

Makanya..kita akan rasa banyak kebaikan daripada collagen ini. Tengok balik info yg sy dah bagi kat atas2 tu dimana collagen berada di dalam badan kita. Jadi tidak hairanlah keperluan collagen sangat penting kan.


 Jadi bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan kecantikkan dan kesihatan yang lebih baik boleh dapatkan collagen dari saya. PM 0193024055 (Azie) :)




Friday, August 16, 2013

MELEGAKAN SAKIT SENDI

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Lagi beberapa hari sahaja lagi raya akan tiba. Hari ni saya nak share mengenai Advance Joint Healt Tablet(AJT). Untuk bulan ogos 2013 ni shaklee menawarkan promosi yg lebih rendah buat produk AJT ini. Jom kite tengok Q&A mngenai AJT ni.

000000000
Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya. Jadi kawan2 saya yang selalu hiking tu moh try supplement ini ye :) Saya sendiri sangat minat hiking!Msti punye ade jatuh2. Wktu jatuh xde rase pape tapi in future kite xtau. Sebb kite nmpk apa yg dh terjadi kat dlm bdn kite. Jadi penting untuk mngekalkan kesihatan kita dari awal.




Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya. Jadi jgn risau sebab ianya adalah 100% vegetarian.

Secara ringkasnya cuba lihat gambarajah di bawah:
 Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh PM/whatsapp saya di 0193024055 (Azie)
Boleh juga email di azieshaklee@gmail.com :) Anda pasti merasai kelebihannya ^_^

Monday, August 5, 2013

Another Great Reason to Breastfeed your Baby :)

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Lagi beberapa hari sahaja lagi raya akan tiba. Hari ni saya nak sambung lagi 5 kebaikan breastfeed anak kita ^_^
000000000 

6. MENGERATKAN DAN MEMBINA SPECIAL RELATIONSHIP
Semasa menyusukan anak kita adalah saat yang paling bahagia buat ibu dan anak itu sendiri. Ia membuatkan anak berasa selamat, disayangi dan ini menjadikan bonding ataupun ikatan anatara anak dan ibu lebih kuat. Abahnye pula jgn jeles.heh..Abahnye still boleh mmbina bonding yg kuat dgn anak dengan selalu memeluk anak dan bermain dengan mereka. Teringat wktu alisha baru sebulan dua bulan..berebut dengn suami sendiri nak peluk alisha. pastu masing2 jeles. haha..xmatang sungguh wktu itu :P

7. KEBAIKAN SUSU IBU TIDAK PERNAH BERAKHIR.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yg berumur 0-6 bulan hanya memerlukan SI sahaja sebaga minuman dan makan mereka. Apabila bayi berumur 6 bulan barulah akan diperkenalkan dgn solid food, but still ada je yg susukan sehingga 2 tahun seperti yang telah disyariaatkan oleh Allah s.w.t. Saya nak BF my baby until 2 years! In Sha Allah. Dan susu ibu still mengandung khasiat dan perlindungan yang terbaik!tidak pernah berakhir! ^_*

8. BREASTFEED MENJIMATKAN WANG ANDA
Haa..jimatkan seratus / dua ratus tiap2 bulan kan berbaloi tu xpayah beli susu.heh..Kalau keluar duit pun mula2 je. Mealbur nak beli pump, cooler bag etc.

9. BERKESAN WALAUPUN IBU BERKERJAYA
Jangan ing working mm xblh fully BF anaknye. Anda papsti boleh. dah ramai yg berjaya. Kenapa kita juga tidak mengikut jejak langkah tu. Pelbagai jenis pump yang memudahkan. Nak cari tempat pum, pump je kat surau. Kalau xde jugak doa2 banyak2 In Shaa Allah, Allah permudahkan urusan kita. Aminn.

10. BAIK UNTUK PERSEKITARAN
Kenapa? kerana susu yg dihasilkan dari badan terus masuk badan anak.haha. tiada pembaziran, xperlu dibungkus. ^_^

Jadi kesimpulannye memang banyak sangat kelebihan Breastfees anak kita. Ganjaran yang besar pasti menanti. Marilah kita sama2 tanamkan azam untuk BF nak kita sepenuhnya. Mungkin anak yg pertama ni xberjaya..jgn risau try untuk second baby pulak.hii..sy pun mcm tu..berazam untuk fully BF until 2yrs untk 2nd baby. In Shaa Allah. Anak yg 1st ni dh start camput dgn FM.  tapi sy stil BF lagi Alisha. Alhamdulillah.

TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN IBU DAN MENINGKATKAN PRODUCTION SUSU IBU


Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Lagi beberapa hari sahaja lagi raya akan tiba. dI entri yang lepas saya ade bercerita tentang 10 Great Reason kenapa untuk Breastfeed anak kita. Saya juga dh jnji nak kongsi tips macamane nak menjayakan penyususan ibu kan. Sooo.. jom baca di entri ini. 

00000000

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Bayi yang di dalam pantang terutamanya suka tido. Jadi kene kejut2 die.heh..Waktu Alisha dulu susahhhnye nak kejut minum susu. Bila dah makin besar..haaa..umminye yg terlayan :)
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan (demand and supply). Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. Jadi penghasilan susu adalah tinggi pada waktu ini. Kene rajin bangun ye mommies semua. Demi anak yang tercinta xpe kan :)

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Think postive!
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.Ia dipanggil hindmilk (pekat). Susu awl yg keluar adalah foremilk (cair)
3. Minum banyak Air
  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

 4. Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin

  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping
  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Memerlukan latihan. kalau Alisah die tarik2 botol susu tu dgn wayar pump tu.haha

7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam 
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen


  • Digalakkan.KENAPA? Ibu yang menyusukan anaknya pasti akan mera letih kerana ia mnggunakan banyak kalori/tenaga. ingat x di entri yag lepas bhawa BF boleh mmbuatkn ibu slim.heh.. JAdi ambillah supplement tambahan supaya anda lebih bertenaga. Bila badan sihat dan cergas maka penghasilan susu akan lebih lancar. .Saya mengamalkan supplent tambahan dari SHAKLEE untuk kekal bertenaga. Ia dikenali sebagai set 3M. Sya dah cuba..hasilnya memg xmngecewakan. susu saya lebih pekat dan saya memg bertenaga. Alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t. 
  • Terdapat banyak set di dalam set penyusuan ni. Anda berhak memilih mengikut bajet anada. 
  • Okay, Berikut adalah HARGA SET MENYUSU SHAKLEE.

    PAKEJ A:
    Alfalfa

    Below RM53.00

    PAKEJ B:
    ESP + Alfalfa

    Below RM200.00

    PAKEJ C:
    Alfalfa + Vitalea + Vitamin C + B complex

    Below RM280.00

    PAKEJ D:
    Alfalfa + vitalea + vitamin C + B complex + ostematrix

    Below RM340.00

    PAKEJ E (SET 3M):- HIGHLY RECOMMENDED
    ESP + Alfalfa + vitalea + vitamin C + B complex + ostematrix 

    Below RM480.00

    ***Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran.
  •  Dapatkan dari saya Azie pengedar shaklee anda. PM/Whatsapp :0193024055. konsultasi percuma akan diberikan. Sharing is caring. Happy breastfeed mommies!:)

Sunday, August 4, 2013

Kebaikan Susu IBU :)

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Lagi beberapa hari sahaja lagi raya akan tiba. Hari ni saya nak kongsi 10 GREAT REASONS untuk BREASTFEED YOUR BABY. Tapi hari ni nak kongsi 5 kebaikan dulu. ^_^

000000000

1. PERLINDUNGAN & NUTRIEN | NUTRIENTS & PROTECTION
Susu Ibu (SI) merupakan makanan yang terbaikkkk Allah s.w.t cipta untuk tumbesaran bayi. SI adalah susu ibu yang dibuat khas untuk anaknya. Custom made tau..jgn main2.heh. Ia juga mengandungi perfect amaun bagi kandungan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral. Selaras dengan pembesaran bayi susu ibu juga akn berubah mengikut keperluan bayi tersebut. Allah Maha Besar. SI juga adalah susuyang paling mudah dihadam kerana komposisi nye yang ringkas berbanding formula milk (FM). Jadi kuranglah segala masalah sembelit or ets sebb sush nak hadam. Sebb susu ibu adalah susu yg pling sesuai buat bayinya.

Selain tu, SI juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi dari penyakit serta mengurangkan risiko untuk penyakit alergic, Selepas sahaja kelahiran SI pertama yang dihasilkan dipanggil sebagai colustrum. Colustrum sangat penting kerana ia berperanan memberi perlindungan awal kepada bayi. Ia mmbantu melindungi digesti sistem bayi daripada bakteria yang berbahaya.  Jika anda melahirkan pre matured baby..colustrum ini sangat sangatlah penting untuk kebaikan bayi anda.



2.MINDA YANG BAGUS | BRAIN POWER
terdapat bukti yang kukuh menunjukkan bahawa anak2 yang minum SI skor markah yang tinggi di dalam IQ test serta diakui juga oleh cikgu yang melihat performance mereka. Best kan. In Sha Allah.

3. MUDAH & FLEKSIBEL | CONVENIENT & PORTABLE
SI sentiasa selamat, fresh dan sentiasa pada suhu yang sesuai untuk bayi. xyah dah buat air panas nak bncuh.hii..So malam2 senang je..sumbat je terus :P Travel pun senang. Bawak badan je. Tapi kalau nak buat stock tu lain plak citernye. Next entri ye :))

4. SIZE DOESN'T MATTER
Haa..yg ni malu pulak nak tulis dalam BM :P. Penghasilan susu xbergantung pun pada size cik B. As long kite selesai melhirkan sahaja maka hormon oksitoksin akan dihasilkan. Cepat2 susukan bayi supaya penghasilannya lebih cepat. More DEMAND MORE SUPPLY. Remmember! Next entri juga akan cerita kenapa kadang xkuar susu.

5. KELEBIHAN PADA IBU JUGA
Dengan BF anak kita, ia akan mengurangkan risiko untuk Breast kanser, ovari kanser dan tulang yang lemah pada masa akan datang. 
Selain tu, badan kite menggunakan kalori untuk menghasilkan susu. Bnyak tenaga digunakan jadi ini membantu untuk para ibu mendapatkan berat yang ideal semula. Ini memmg betul sebabnya wktu pregnant berat saya 70kg++ lepas sebulan g tmbang berat kmbali normal 55kg.hiii..Alhamdulillah.

Saturday, August 3, 2013

Perjalanan Breastfeed my 1st daughter

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Lagi beberapa hari sahaja lagi raya akan tiba. Ini bermakna bulan ramadahan yang penuh barakah akan pergi meniggalkan kita.sob sob ;( Semoga kita dapt bertemu ramadhan yang akan datang dan terus memperbaiki diri ini. In Shaa Allah.

000000000

Saya pasti ramai yang mempunyai kisah dan cabaran tersendiri dalam menyusukan anak mereka kan. Terutama bagi mereka yang bekerjaya pasti cabarannya lagi tinggi. Bagi saya, semasa mengandungkan Alisha lagi saya dah niat di dalam hati untuk menyusukan Alisha sepenuhnya sehingga 2 tahun. Itu memang harapan terbesar saya. KENAPA? kerana saya nak lebih dekat dengan anak saya. Sebab semasa Alisha menyusu dengnan kita itu adalah detik paling indah dan menangkan bagi saya. Bila tengok muka dia..ala ala abah die ke ala ala ummi die.heh. perasaan tu sangat bahagia. Selain tu, susu ibu adalah yang terbaik di dalam dunia yangAllah telah ciptakan jadi kenapa kene suap anak kita dengan susu lain sedangkan kita mampu lakukannya. Ada juga sebab Jimat.hehe. ialah dah xpayah beli susu setiap bulan. Tetapi dalam kita sedar atau tidak sebenarya..susu ibu itu sendiri merupakan hak yang paling utama buat anak kita. Jadi berilah hak anak kita tu.

000000000

Tapi saya silap sebab dalam tempoh kehamilan saya saya tidak pernah melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang betul dan selengkapnya. Yang saya belajar pada waktu itu hanyalah cara nak susukan anak macam mana.haha..huuu.apelah azie ni.huu. jadi saya xpernah tau akan ade cabaran2 dalam penyusuan ni.huuu..Yang saya fikir pada masa itu ialah apabila kita melahirkan anak maka susu pun akan keluar dengan bayaknya.haha..Tapi semua itu adalah rezeki Allah s.w.t. Memang ada yang selesai melhirkan dan dalm tempoh berpantang dah mngalami bengkak susu sebb susu bnyak. Ada jugak yang lepas seminggu.

000000000

Seperti saya  pula..cabran yang saya lalui ialah semua orang cakap susu saya xckup.huu.semua suruh sumbat susu FM. ok memanglah xsalah bagi FM pun. Tapi sebab saya memang dah nekad nak BF anak saya. Dan saya yakin susu saya cukup. Kenapa org lain iatu bukan punya badan sibuk nak ckp susu saya xckup.huu..emosi plak.heh..Ini terjadi kerana die tengok anak saya setiap satu jam nangis nak susu. Nanti tdo sekejap je pastu bangun lagi nak susu.huu..sedihnye waktu tu sebab xde siapa yang sokong dan bagi semnagat kat saya. Anak pula pada waktu tu jaundice. Dengan luka jahitan bersalin masih belum sembuh tapi sibuk ulang alik hospital bawak anak. Ya Allah waktu tu memmg betul2 mnguji.

000000000

Sebenarnya diorang semua silap bila ckp susu saya xckup sebab anak saya setiap satu jam nak susu. Kenapa saya ckap mcm tu. Bila saya bagi FM pun lepas satu jam pun die still nak susu lagi jugak. Haa maksudnye ape tu...Ketahuilah mommies semua bahawa susu ibu sangat senang dihadam. Jadi tidak hairanlah babay akan cepat kemabali lapar. Selain tu..baby juga nak bermanja dengan ibunya. Ialah selama 9 bulan dalam perut ummi die pastu keluar kedunia mesti baby rase mcm xsecure kan. hmm tapi susah nak memhamkan orang-orang lama ni. katanya dah makan garam dulu dari kita. huuu..

000000000

Selepas sebulan berpantang baru saya gali tentang ilmu penyusuan ni. dannn..macam2lah masalah dan ilmu yang saya jumpa. terasa sangat rugi sebab xcari awal2 tentang ni. Dan cuba lihat gambar di bawah ni:


haa tengok saiz perut baby dari 1st day dilahirkan sehingga 3minggu. perut baby adalah sebesar dari buah cerry sampai sebiji telur sahaja. Kenapa masih was was susu tak cukup. Nasihat saya, jangan fikir negative teruskan bf anak anda. Pedulikan apa orang lain nak cakap. Sebb kite ibu die jadi kite berhak tentukan yang terbaik buat anak kite. Kite boleh dengar ape yang orang lain bagi pendapat atau pun pengalaman die..tapi die xberhak nak paksa kite untuk ikut kate die bile kite tahu apa yang terbaik. Tapi jgnlah syok sendiri plk atau pun sombong pulee.hehe..buatlah cara berhemah. Bagi saya..SABOR JELAH..

000000000

Next entries sy akan ceritakana cara2 nak tambah production susu badan. ^_^. Setakat ni Alisha dah 9 bulan. MAsih breastfeed Alisha sebb ade demand. Alhamdulillah. Tapi sy dh cmpur juga dgn FM. Tapi boleh dikatan sy mnyusukan dia secara ekslusif selma 5 bulan. Lagi sebulan wktu pantang org sibuk suh sumbat FM.huu.. slh sya juga sebb xlgkapkan diri dengn ilmu penyusuan ni. So mommies diluar sana cari cari cari seberapa banyak ilmu penyusuan ni sebelum menghadapi situasi sebenar ye!:) ketahuilah SUSU IBU adalah yang TERBAIK di dunia! LOve u ALISHA ^_^