Saturday, July 20, 2013

Healing Crisis/ Krisis Penyembuhan

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua.Hari ni saya ingin bercerita mengenai HEALING CRISIS ataupun dalam melayu nye KRISIS PENYEMBUHAN :)

000000000

Entry ni tercetus (cewahhh..) sebabnya ade customer saya ambil produk shaklee dari saya dan die mengadu badan menggigil dan berpeluh2. saya pun ade mngalami nye jugak. Jadi dia tanye saya kenape? So sy ckp itu adalah healing crisis. Bagi sesiapa yang xtau mengenai healing crisis tu jom kite stadi sesame.
  • Who is it about?
  • What happened?
  • When did it take place?
  • Where did it take place?
  • Why did it happen?
000000000
WHAT?APAKAH?
Healing crisis adalah satu proses di dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula tisu2 yang telah rosak ataupun menyingkirkan segala toksin yang ada dalam badan. Apabila seseorang itu tidak dapat menampung proses pembersihan dan penyingkiran itu, makanya dia akan mengalami simptom-simptom seperti di bawah :
1. Pening-pening
2. Berpeluh
3. Seram sejuk (mengggigil)
4. Berdebar-debar
5. Keletihan
6. Mengantuk
7. Mengeluarkan jerawat

Simptom2 di atas kelihatan teruk. tapi itu sebenarnya adalah proses untuk development ataupun pemulihan yang lebih baik. Dalam perubatan cina mereka percaya bahawa penyembuhan yang terbaik sentiasa di dahului dengan healing crisis ini.


WHO? SIAPA?
Selalunya healing krisis terjadi kepada sesiapa sahaja yang sedang mengambil supplemen tambahan. Supplemen ini termasuklah vitamin. Kalau ubat tu bukan supplemen tambahan ye. 

Setiap orang mengalami simptom healing crisis yang berbeza. Jangka waktu juga berbeza. Ada yang hanya cuma mengambil masa beberapa minit, beberapa jam, beberapa hari dan ada yang bulan2 juga ^_^!


WHY?MENGAPAKAH?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. 

Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, kita akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik

 HOW?BAGAIMANA NAK HADAPI HEALING CRISIS NI?

1. Have the body prepared for the healing, by increasing the efficiency of the waste systems of the body before you begin to work on healing
Dalam badan kite ade dua sistem perkumuhan iaitu SIsitem Limfa dan sistem urin kita. Macamana nak sediakan dua sistem ni? 
- Sistem limfa ni parallel dengan sistem peredaran darah. Dimana sistem limfa akan memproses/ membawa toksin ataupun waste dari cell badan. Dengan menambah pergerakan ataupun exercise anda mampu membantu sistem limfa bekerja dengan lebih baik. Begitu juga dengan minum banyak air. Persedaran akan jadi lebih smooth kerana peningkatan bendalir di dalam badan.
-Sistem urin pula akan mengumpulkan dan membawa keluar toxin yg berada di dalam badan. JAdi minum air yang banyak adalah jawapannya. Solution for pollution is dilution. Pencairan yang tinggi didalam badan akan mempercepatkan lagi proses penyingkiran toxin dalam badan^_^

2. Drink water.Meneydiakan badan dengan hidrasi yg tinggi di dalam badan akan mengurankan kesa healing crisis. sebbnye.. bila air dlm bdan byak sebelum kita ambill supplement nnti bila kita makan suppliment tu badan dh pun bersedia untuk mnjalankan healing crisis. jadi kesan healing crisis blh dipercepatkan.

3. Check your diet. Another key to getting the body ready to deal with healing is making sure it is getting plenty of protein, and not being overrun with sugar, processed carbs and grains. It may be wise to check up on a person's diet and make sure they are eating plenty of fresh fruits, vegetables and proteins, and not eating a lot of fast food, prepackaged foods, sugars and grains for at least a week or two before starting into deep healing.

Jadi keypoint disini ialah minum BANYAK AIR DAN AMBILLAH MAKANAN YANG BERKHASIAT...supaya xdelah toxin ataupun radikal bebas dalam badan tu makin banyak kan.heh

Makanya..jangan risau kalau lepas ambil supplement shaklee anda mengalami simptom2 di atas..kerana ia merupakan satu pentanda yang baik. maksudnya supplement tersebut sedang berkeja untuk menyingkirkan segala toksin dalam badan. Dan memberikan kesihatan yang lebih baik. In Shaa Allah. 

 

Tuesday, July 16, 2013

PROTEIN HEBAT :)

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. kalau di entri yang lepas suami saya telah berkongsi mengenai kebaikan dan kelbihan ALFALFA, saya pula ingin berkongsi mengenai kelebihan ESP dari Shaklee. ^__^

ooooooooo

Secara  ringkasnya ESP ni adalah sumber protein. Protein dari soya. Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

ooooooooo

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

ooooooooo

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

ooooooooo

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

ooooooooo

Jadi siapa yang memerlukan ESP ni???
1. Siapa yang nak berdiet. Sebelum ambil carbohydrate minum ESP dulu. So perut akan rase lebih kenyang. Even puasa pun waktu bersahur digalakkan mngambil makanan yang kaya dengan protein.
2. Makanan tambahan sewaktu bersahur dan berbuka sebgai energy booster!!serius dah try dan alhamdulillah berhasill!
3. Siapa sahaja yang inginkan kulit yang cantik
4. Buat ibu ibu yang menyusukan anaknye selain energy booster juga sebagai agen memekat susu! anak anda pasti gembira ^___^ yg ni pun sudh terbukti hasil dari pemakanan say. Alhamdulillah.
5. Buat ibu mengandung

Jadi jom dapatkan ESP anda dari saya:
SITI NORAZELAH HAMDON
927644
CONTACT:0193024055 :)

KONSULTASI PERCUMA. BEST PRICE WILL BE GIVEN! NO REGRETTTT! ^__^


Friday, July 5, 2013

Kisah Set Berpantang Shaklee


Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Harini nak berkongsi pengalaman sewaktu berpantang. Pengalaman pertama selepas mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah cahaya mata kami Nur Alisha bt Mohd Zin telah selamat dilahirkan pada 1 November 2012 di Hospital Kulaijaya.


oooooooooooooooooooooooo

Lagi sebulan melahirkan Alisha, barulah say start mencari produk produk untuk digunakan dalam berpantang nanti. Memang banyak sangatttttt pilihan produk dengan pelbagai range harga. Dari yang murah sampailah mahal. semua adaaaaaa.eheh..Memang xtau nak pilih set berpantang yang mane pada waktu tu. Kebanyakan produk berpantang pada waktu saya explore adalah dari produk jamu ataupun herba. Terdapat beberapa blog yang saya baca pada waktu tu, diorang xdapat hbiskan pun semua produk dal satu set yang dibeli atas faktor2 tertentu seperti:
1. Tak serasi dengan badan. Ada yang sembelit.
2. Tak sesuai buat anak yang menyusu badan. sebab bayi juga akn turut panas apabila ibu mengambil jamu. Ini dapat diperhatikan pada najis bayi ataupun bayi mengeluarkan taik mata dengan banyak.
3. Penyediaan yang leceh atau mengambil masa
4. Anak kuning/jaundis

ooooooooooooooooooooooooooooo

So kesimpulannya saya xprepare langsung untuk set berpantang pada waktu itu kerana saya juga emmikirkan faktor2 diatas. sebab takut tersalh beli.haha..tapi sebenarnya saya silap..para mommies harus menyediakan produk yang ingin digunakan untuk berpantang lebih awal. Produk dalm berpantang penting untuk :
1. TENAGA.Kita tiada masa dalam waktu berpantang. Macam saya..sibuk dengan anak. Anak blh dikatakan setiap sejam nak susu. Belum malam2 lagi. Memang xcukup tido dan diri pun xterurus. Sebb tu bantuan dan sokongan dari suami sangat penting.
2. MENYEMBUHKAN LUKA.Pada waktu berpantang kita perlu menguruskan luka jahitan secara norma mahupun cesarean dengan sangat baik. Jalan pun nak kena perlahan2. Jadi penting untuk memastikan luka kita sembuh dengan cepat dan sempurna.
3. STABILKAN HORMON.Selepas bersalin wanita akan mengalami ketidakstabilan hormon. Ialah proses melahirkan memanglah sangat mencabar dan menggunakan seluruh tenaga seorg ibu tu sendiri.
4. MENGUATKAN DAN MENYUBURKAN KEMBALI RAHIM. Wanita harus ingat.kita harus menjaga rahim dengan baik kerana disitulah tempat zuriat kita akan diteruskan. BArang yang nak diguna lama haruslah dijaga dengan baik.
5. MENGEMBALIKAN BENTUK BADAN. Semua orang nak kembali solid molid gituuuu.hiii

Jadi kerana itulah, sangat penting untuk kita pilih produk berpantang yang sesuai dan mampu milik ^_^

oooooooooooooooooooooooooo

Saya memilih untuk mengambil produk SHAKLEE semasa berpantang. MENGAPA:
1. Boleh diambil oleh ibu2 dari hari pertama bersalin walaupun anak mengalami jaundis. Saya menpunyai pengalaman di mana anak saya mengalami prolong jaundis. huuuu..sedih.kne amik darah. tapi saya masih bolehmengambil produk shaklee. selamat ^__^
2. Luka saya cepat baik.Alhamdulillah.
3. Yang paling saya rasa dan dengan izin Allah S.W.T iaalah saya kekal bertenaga walaupun malam2 memang xcukup tidor sebab anak nak susu.Alhamdulillah.

oooooooooooooooooooooooooooooo
Apa yang terkandung dalam Set Berpantang SHAKLEE ini:
Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

- B COMPLEX
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ

Jadi saya memang tidak ragu2 untuk mengesyorkan pada yang lain2 untuk mencuba produk ini. Kerana saya sendiri telah merasai kelebihan dan kebaikannye.ALHAMDULILLAH.

Jadi saya terus sign up sebgai SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.hiii...siapa2 nak tau lebih lanjut mengenai produk ini blh cntact saya :
AZIE:0193024055
Sharing is caring..caring is loving :))

Wednesday, July 3, 2013

Edisi Kongsi : Khasiat Herba Alfalfa

Taugeh Alfalfa

Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Harini saya mau berkongsi tentang Sejenis tumbuhan herba ciptaan Allah yang bernama "Alfalfa".

 Asal Nama Alfalfa
 Alfalfa atau nama scientificnya "Medicago Sativa" nie sebenarnye jika dilihat dalam ilmu tumbuhan tergolong dalam kumpulan kekacang. Secara fizikalnya Alfalfa ni dapat tumbuh setinggi 1 meter dan mempunyai bunga kecil berwarna ungu. Akarnya pula boleh menjangkau kedalam tanah sedalam 4.5 meter. Maksudnye akar lebih panjang dari batangnye. Oleh sebab itu Alfalfa nie mempunyai keistimewaan untuk menyerak zat mineral yang jauh kedalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah, Allahu Akbar. Oleh sebab itu, orang arab memberi nama special tumbuhan ini sebagai "Bapa Tumbuhan" atau dalam bahasa arabnye "Alfalfa".

Alfalfa Dewasa
Sejarah Perubatan
Selain dari keunikan sifat fizikal, Alfalfa nie juga banyak manfaat yang telah Allah jadikan untuk kegunaan manusia. Sejarah menceritakan, sejak abad ke-6, alfalfa telah digunakan oleh orang Cina untuk merawat penyakit batu karang, gastrousus*, mual-mual dan kembung perut. Pada mulanya, dunia perubatan tradisional Cina sering menggunakan daun Alfalfa untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan saluran penghadaman. Kemudian dibangunkan untuk membantu membersihkan racun dalam darah atau dipanggil detoksifikasi* dan rawatan keradangan sendi. Pengamal perubatan Ayurveda di India juga mengunakan Alfalfa untuk merawat penaykit gastrik. Alfalfa juga dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis*.

o o o o o o o o o

Alfalfa ni kalau di luar negara biasanya dorang makan batangnya, pucuknya untuk buat ulam macam ulam raja, cambahan biji benih macam tauge untuk buat salad dan daunnya jadi teh bila dikeringkan. Kalau di China sering dijadikan ubat herba yang dijual kering atau dicampur dalam sup.


Kandungan Nutrisi Alfalfa

Alfalfa tersenarai sebagai salah satu daripada tumbuh-tumbuhan dengan kandungan nutrisi yang tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karotena, dan vitamin K, yang agak tinggi, membuat alfalfa sebagai makanan tambahan yang sering digunakan untuk kegunaan manusia.

o o o o o o o o o

Satu lagi kelebihan alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral yang agak lengkap. Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah: vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K dan asid folik. Benih Mineral, iaitu kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, tembaga, dan zink.

o o o o o o o o o


Daun Alfalfa adalah sumber klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Terdapat banyak kajian saintifik yang dilakukan ke atas keberkesanan klorofil, seperti membersihkan badan, membentuk sel-sel darah, mengawal keseimbangan asid badan, meningkatkan ketahanan, serta penggantian sel-sel yang rosak.



 Khasiat Alfalfa Untuk Manusia

1. Mengawal Kandungan Kolesterol Darah 
Alfalfa mempunyai fungsi untuk mengawal kandungan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengeluarkannya terus dari badan. Insya Allah paras kolestrol dalam badan kita akan terkawal.  Jadi ini dapat mengurangkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung.

2. Mengatasi masalah pencernaan 

Ia berkesan dalam menghapuskan masalah pencernaan yang termasuk rasa loya, ulser perut, gastrik dan senak. Ini selain, alfalfa juga boleh membantu meningkatkan selera makan anda. Ia juga dapat mengubati penyakit sembelit kronik kerana kandungan serat yang terdapat didalamnya.
 
3. Menyingkirkan Toksin Dari BadanSeperti yang anda sudah sedia maklum Alfalfa mempunyai sifat ditoksifikasi. Jadi dengan pengambilan Alfalfa anda dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan anda. Toksin ni kebanyakannya kita ambil dalam makanan seharian kita tanpa kita sedari.

 
4. Menghilangkan ketagihan alkohol 

Menghadapi masalah dengan ketagihan alkohol atau penagihan dadah? Adakah anda sedang mencari solusi yang lebih baik daripada ketagihan anda? Jadi, Alfalfa adalah apa yang anda perlukan. Terdapat satu fakta yang diketahui bahawa tumbuhan alfalfa boleh membantu orang yang mengalami ketagihan alkohol atau dadah.

5. Mengurangkan gejala menopaus 

Yang ni bagus untuk wanita, sebab Alfalfa juga didapati membantu mengurangkan tanda dan gejala-gejala menopaus. 
 
6. Tinggi kandungan Vitamin K

 Vitamin K kegunaannya ialah macam pengalak pembekuan darah. Jadi jika anda ada luka ataupun pendarahan tu cepatla luka tu sembuh. Tapi kalau luka kena gigit pacat tu tak adalah terus kering gitu, tapi sekurang-kurangnya cepatla sikit darah tu berhenti mengalir.

7. Dapat melegakan asma 

Sebenarnya orang dahulu kala telah mengunakan Alfalfa untuk memberi bantuan kepada orang yang mengidap asma dan lain-lain penyakit pernafasan. Menurut kajian klorofil yang terdapat didalam Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini.

8. Mencegah Kanser 

Kebolehan Alfalfa ini mungkin sukar untuk dipercayai, ia boleh membantu mengurangkan risiko berlakunya kanser. Ini adalah kerana kandungan asid amino dipanggil canavanine yang dapat mengawal pertumbuhan sel rosak. Alfalfa juga mempunyai kebolehan yang terbukti untuk mengikat karsinogen* dalam sel usus.

9. Sifat diuretik*

 Alfalfa adalah diuretik, selain dapat meningkatkan metabolisma badan ia juga membantu dalam pencegahan penyakit buah pinggang dan mengalakkan penghasilan urin. Sifatnya yang diuretik ini juga membantu dalam pencegahan berlakunya Jangkitan salur kencing atau kencing berdarah.

10. Untuk merawat Anemia*

 Alfalfa telah dikenali untuk menjadi sangat berguna dalam rawatan anemia.

o o o o o o o o o

Kesimpulannya, banyak khasiat yang terdapat didalam Alfalfa yang telah Allah ciptakan untuk kegunaan kesihatan manusia. Jadi mana nak cari herba nie?haa Sekarang zaman dah berubah, herba Alfalfa nie bukan saja boleh dapat di US atau Australia je kat Malaysia pon ade. Atau anda boleh cuba produk SHAKLEE Alfalfa complex dijamin kenaturalnya, saya pun sedang mencubanya. Yang kecil mengadungi 330  Biji, jika anda ambil 6 biji sehari boleh tahan selama 2 bulan. Ada jugak yang besar 700 biji boleh makan satu family. Jika anda berminat untuk mendapatkan Herba ini sila hubungi Beliau:



 Quote of  the day 
" It Requires Wisdom to Understand Wisdom: The Music Is Nothing If the Audience is Deaf" - Walter Lippman

Glosari:
  1.  Gastrousus - Pendarahan dalaman usus, mungkin disebabkan Gastrik atau Pencernaan makanan yang tidak sempurna didalam usus.
  2.  Detoksifikasi - Proses pengeluaran toksik dari dalam badan hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan.
  3. Artritis - Penyakit tulang yang dialami dikawasan joint seperti lutut kebiasaannya.
  4.  Karsinogen - Sejenis zat yang menyebabkan kanser.
  5. Diuretik - Sifat yang meningkatkan metabolisma dalam badan dan mengalakkan penghasilan urin.
  6. Anemia - Pengurangan Sel darah merah dalam badan atau Pengurangan Hemoglobin darah.  
*Jika ade kesilapan harap ditegur. Salam,