Tuesday, January 21, 2014

Kebetulan atau Ketentuan?

Assalamualaikum,
 Saya ingin mengajak semua pembaca berfikir sejenak dan mengimbau kembali, pernahkah sesuatu itu terjadi setelah anda memikirkan nya? Ya saya pasti semua pembaca pernah mengalaminya, paling kurang pun sekali seumur hidup. Kadang-kadang kita berfikir itu hanyalah  kebetulan. Sebenarnya adakah istilah kebetulan dalam kamus hidup kita? Lebihan pula jika anda adalah islam, adakah Kebetulan itu wujud sebenarnya? Fikirkanla sejenak..

o o o o o o o

Jika anda fikir kebetulan itu benar ada, saya tidak menafikan pendapat anda, semua manusia mempunyai pandangan masing-masing. Begitu juga saya, dulu saya berpendapat bahawa sesuatu kejadian kebetulan itu hanye berlaku secara kebetulan. tetapi ketahuilah bahawa ALLAH itu Maha Mengatur. Jadi kebetulan itu sebenarnye dalam aturan Yang Maha Mengatur.

o o o o o o o

Tidak Dia ciptakan sesuatu itu sia-sia, begitu juga tidak Dia rancangkan sesuatu itu (yang anda fikir kebetulan) tanpa ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah semoga kita berada di dalam kebetulan yang baik. 
 
 

Posting Jejen , 12.30 a.m. 21 Jan 2014 . Malaysia


No comments:

Post a Comment