Sunday, September 20, 2015

WERDA DI SINAR HARIAN

OMG Kreatif Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Syarikat Wakaf Enterprise, mengeluarkan jenama pakaian Muslimah terbaru, Werda, untuk menutup aurat dengan sempurna bersesuaian dengan syariat Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Wakaf Enterprise, Saiful Nang berkata, sebagai permulaan, syarikat itu memperkenalkan tudung Werda Sofia untuk dewasa dan Werda Ayuni bagi kanak-kanak pada harga masing-masing RM150 dan RM78.

“Kami amat menitikberatkan rekaan pada tudung ini supaya ia tidak melekap dengan menambah perincian alunan fabrik di bahagian dada dan tidak mudah terselak walaupun semasa ditiup angin.

“Sempena pelancaran ini, kami keluarkan enam pilihan warna khas untuk tudung ini dan bakal masuk 12 pilihan warna dalam pasaran selepas ini. Kebanyakan warna adalah berona gelap dan pastel,” katanya ditemui pada Hari Pembukaan Rasmi Werda di Bangi Sentral, Bangi, kelmarin.
Saiful berkata, tudung Werda itu boleh dipakai terus ketika solat dengan hanya menanggalkan pin di tepi tudung tersebut, menjadikannya ia labuh.

“Kami menggunakan fabrik yang bermutu tinggi dan tahan lasak. Selain itu, material yang digunakan juga tidak panas,” katanya.

Beliau berkata, syarikat itu menyasarkan jualan Werda Sofia dan Ayuni sebanyak 340,000 helai setahun.

Menurutnya, hasil keuntungan Werda 100 peratus akan diberikan untuk kebajikan asnaf dan anak yatim menerusi Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Saiful berkata, Wakaf Enterprise juga bakal mengeluarkan blaus panjang, jubah, beg tangan, kasut, minyak wangi dan aksesori wanita jenama Werda secara berperingkat sehingga awal tahun depan.

“Kami mahu Werda dikenali sebagai jenama Muslimah yang ready solat, wuduk dan nursing friendly,” katanya.

Saiful turut mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk membuka cawangan baharu bagi meluaskan rangkaian perniagaan jenama itu.

Boleh tgk melalui link ini untuk sisipan Sinar Harian.



Azie|0193024055|Like us at Facebook WERDA Eksklusif - Skudai & Kulai
Email us at eiza_azie@yahoo.com

No comments:

Post a Comment