Saturday, September 19, 2015

TUTORIAL SOLAT READY WERDA SOFIA



Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya semua dah maklum dengan WERDA sofia yang ready solat ni. Tudung labuh yang pertama dengan fungsi tudung dan telekung dalam 1. Boleh sahaja kenakan pin atau apa-apa sahaja brooch kesukaan anda di bahu (hanya satu sahaja) dan gayakannya dengan kelabuhan dan corakan alunan di bahagian dada yang melindungi aurat sekalipun ditiup angin. Buka sahaja pin di bahu dan labuhkannya akan menjadi telekung untuk bersolat.

Jadi boleh simpan wuduk dari rumah ke pejabat untuk duha di mana-mana sahaja tanpa perlu menukar telekung. TUDUNG WERDA SOFIA dalam mode solat. Hanya tarik tulang tengah dan pin ke bahu ia menjadi tudung labuh semula. Keistimewaan Werda sofia ialah saiznya mengikut muka dan bukan free size.

Bagi kanak kanak juga sangat praktikal dalam melatih diorang untuk solat. Labuhkan sahaja tudung mereka dan ready to solat.

Video ni akan tunjukkan dengan lebih jelas lagi cara pemakaian yang sempurna. Senang sangat nak pakainya.



No comments:

Post a Comment